Pages

Sunday 8 March 2015

Kesan Sampingan Vitamin dan Mineral


Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi anda pengunjung setia blog Zarraz Paramedical ini. Semestinya anda semua sihat dan ceria selalu setalah mengamalkan petua-petua kesihatan dan kecantikan yang saya telah kongsikan sebelum ini. Untuk kali ini saya berkongsi informasi yang sangat penting dalam kehidupan, pekerjaan dan pemakanan seharian kita.

Pada masa kini, ramai golongan yang mengambil vitamin, mineral mahupun collagen untuk menjaga dan meningkatkan kecantikan, sebagai makanan tambahan serta untuk meningkatkan pertahanan dan kekuatan tubuh. Tapi tahukan anda bahawa vitamin dan mineral juga boleh mendatangkan kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan.

makanan tambahan, minuman tambahan, minuman collagen, kesan pengambilan vitamin, vitamin larut air, kesan sampingan vitamin dan mineral, cara membuang toksik dalam tubuh, makanan tambahan untuk pertahanan tubuh, minuman anti penuaan, kesan sampingan vitamin dan mineral

Oleh itu, pengambilan vitamin dan mineral hendaklah
mengikut dos yang disarankan, yang tercatat pada botol atau peket vitamin dan mineral tersebut.

Vitamin larut air, (B & C) kurang mudarat dari vitamin larut lemak (A, D, E & K) kerana B & C disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan najis. Vitamin larut air tidak disimpan di dalam tubuh Sebaliknya vitamin larut lemak akan disimpan di dalam tubuh, dan menjadi toksik kepada tubuh sekiranya ia dalam keadaan kepekatan tinggi.

Apakah kesan sampingan vitamin dan mineral berlebihan ini?

Vitamin A ~ Vitamin ini diperlukan untuk kesihatan mata, anti-penuaan, pertumbuhan otak dan sel saraf, sistem kekebalan badan dan untuk menjaga kesihatan kulit.

Kesan pengambilan berlebihan menyebabkan sakit kepala, loya, cirit-birit, rambut gugur, sakit-sakit badan, keguguran rambut, masalah hati & limpa, kecacatan pada bayi dalam kandungan, gangguan kitaran haid dan sebagainya.


Vitamin D ~ Vitamin ini diperlukan untuk penyerapan kalsium oleh badan, menjaga kekuatan otot dan mengatur denyutan jantung.

Kesan pengambilan berlebihan membuatkan kalsium terenap pada tisu lembut, salur darah dan buah pinggang.


Vitamin E ~ Vitamin ini merupakan anti oksidan, membantu menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, membaiki peredaran darah, mengawal kolesterol, membanyakkan sperma untuk kesuburan lelaki, menjaga saraf serta kesihatan kulit & rambut.

Kesan pengambilan berlebihan menyebabkan loya, sakit kepala, rasa lemah, cirit-birit.

Vitamin C ~ Vitamin ini berfungsi sebagai anti oksidan, untuk kesihatan kulit, membina sel badan yang sihat, menjalankan lebih dari 300 fungsi dalam tubuh

Kesan pengambilan berlebihan menyebabkan cirit-birit.


Kalsium ~ Kalsium diperlukan untuk tulang dan gigi, otot-otot, sel darah serta tindakan enzim dalam tubuh.

Kesan pengambilan berlebihan menyebabkan ia terkumpul dalam ginjal dan membentuk batu karang serta menghalang penyerapan zat besi.


Zat besi (iron) ~ Diperlukan dalam sistem imuniti tubuh dan sel darah merah.

Kesan pengambilan berlebihan menyebabkan masalah pada jantung dan hati.


Jadi, berpada-padalah dalam pengambilan vitamin. Dapatkan nasihat daripada doktor atau konsultant kesihatan sekiranya anda ada kemusykilan. Jangan ambil melebihi dos yang disyorkan.

No comments:

Post a Comment